Minggu, 04 Maret 2012

ULAH DARI KEMISKINANQ MEMBUATQ BANTING DIRI JDI PELACUR

              kisah ini pernah dikongsi oleh seorang pasien aku..aku bekerja di panti jompo/rumah orang-orangtua...ada banyak juga cerita-cerita yang menarik atau sedih...sungguh banyak sekali...beliau adalah seorang mualaf..atau maksudnya...orang cina masuk islam...kadangkala orang luar menggangap masuk islam seperti masuk melayu...itu cara mereka berfikir...namanya Ayu (bukan nama betul)..beliau adalah seorang pelacur...ketika beliau muda...beliau sungguh cantik dan dikejar ramai pelanggan dan ada juga buat advance booking kerana mahu bersama dengannya...walaupun beliau bekerja sebagai pelacur tapi dia tidak suka menganiaya oranglain...waktu itu beliau belum tukar agama lagi..masih keturunan orang cina...tapi aku lupa mahu bertanya pasal agamanya...
Ayu memang terkenal di kawasan tempat atau daerah yang beliau akan melacur dan beliau juga ada regular customer/pelanggan tetap.....apa yang beliau beritahu aku bahawa setiap mereka ada kawasan yang mereka pegang tidak boleh sembarangan melacur di mana-mana tempat kerana setiap kawasan ada orang yang menjaganya..seperti preman/bouncer...tukang jaga...dan cara mereka bertindak sungguh kasar hinggakan membawa kecederaan dan amut jika mereka mau...tapi setiap negara mempunyai undang-undang...
Kerja Ayu sepanjang hidupnya menjadi pelacur...dan berbagai jenis orang sudah beliau tiduri...dan bermacam-macam kerenah atau tabiat pelanggannya itu...orang putih/bule..negro..cina..melayu..india...dan sebagainya...sampai tak terkira..terlalu ramai...jika booking beliau paling rendah $100/-....jika satu malam bayarannya mencecah $200/- hinggalah $300/-..kadangkali terpulang kepada pelanggannya..jika baik hati beri extra tips...ada juga beliau ditipu oleh pelanggan...ada juga pelanggan yang cerewet...macam yang disuruh..tapi loket hendak membayar....hinngakan beliau berkata...cepat-cepat sedikitlha Uncik..mahu buat anak ke?..aku ketawa dengan lawa Ayu...
Ayu lama juga bercerita tentang masa lampau beliau....tambahlagi beliau dulu mewah..wang dolar tidak menjadi masa'alah untuk mendapatknnya...malah beliau ada bodyguard untuk menjaganya...dari teraniaya lagi sekali....beliau suka tolong oranglain...teman=teman yang senasib dengannya.....Ayu berkata ada juga lelaki yang menyimpanya dan menyuruhnya melacur dan hasilnya mereka ambil sebagai upah...mencarikan pelanggan untuk Ayu...dan begitulah cara kehidupan Ayu...minum, melacur, merokok dan sebagainya....
Pada suatu hari , Ayu dilamar oleh salah satu pelanggan tetapnya..dan mahu Ayu melepaskan kerja haram itu dan hidup bersama dengan lelaki itu...Ayu pun bersetuju dan mahu mengikut kata-kata lelaki itu...Ayu masuk islam dan mereka bernikah secara sah..Ayu dikenalkan kepada ibu mertuanya serta ahli keluarga lelaki itu...tidak beberap tahun terjadilah perkara yang tidak diingini...
Suaminya main kayu tiga....rupa-rupanya ..dia telah bernikah lagi satu di Batam...Ayu merasakan dirinya tertipu oleh lelaki dianggap suci kerana membuatnya keluar dari pekrjaan haram...tapi tidak disangka beliau pula berpaling tadah dan sekaligus menganiayai Ayu...hati Ayu remuk sekali..sedih dan berhari-hari ...Ayu menangis...suaminya tidak balik bebrapa hari...mujurlah ada ibu mertuanya serta adik beradik suaminya cuba menenangkannya..tpi itu hanyalah sememtara waktu...hati beliau bertambah sakit di atas perbuatan suaminya itu...
Ayu masih ada adik beradik...mereka masih lagi dengan keturunan mereka tapi kahwin campur..berlainan bangsa dan agama...dengan pujukan dan nasihat dari ibu mertuanya..Ayu tidak terpengaruh untuk pulang ke tabiat lama iaitu menjadi seorang pelacur seperti dahulu....
Dengan hati yang marah dan di dalam kesedihan..Ayu mengambil keputusan untuk tinggal sendirian...tetapi alangkah sedihnya...kehidupan yang beliau hendak bina hanya menjadi impian....perbuatan suaminya yang tidak bertanggungjawab itu membuatnya menjadi tekanan diri dan merana...seperti orang yang kehilangan akal dan pegangan hidup....
satu hari beliau dimasukan ke hospital....kerana depressi...selepas beliau sudah beransur pulih...pihak hospital mahu berjumpa dengan ahli keluarga..iaitu suaminya...tetapi beliau berkata bahawa dia hanya sebatang kara dan tiada rumah untuk tinggal...dan akhirnya beliau ditemopatkan di rumah orang-orangtua...
apabila beliau masuk ke rumah kebajikan orang-orangtua....beliau juga cuba hubungi keluarga pihak lelaki...mereka merasa bersalah di atas perbuatan anaknya...datang dan beri sokong..tetapi hanya seketika sahaja....beliau ada juga ada hubungi keluarga keturunannya..mereka ada datang tapi tidak selalu...
hari demi hari kehidupannya terasa tertekan..keluarga ibu mertuanya tidak datang melawat lagi..dan Ayu menelefon keluarganya..mereka merasakan Ayu terlalu memaksa mereka dan mereka dengan senyap-senyap menghilangkan diri mereka...hanya anak sedaranya yang kerapkali Ayu hubungi...ternyata penderitaanya sunggh menyayant hati aku....tambahlagi beliau terkena penyakit ginjal...ada satu hari..ketika beliau baru tahu tentang penyakit itu..Ayu tidak mahu bekerjasama dengan kita...beliau berkata biarlah aku mati tidak orang yang sayang aku....kami dapat juga menghubungi keluarga Ayu sendiri dan perlukan moral support dan dukungan dari keluarga dan beritahu keadaan Ayu yang sebenarnya...akhirnya Ayu setuju untuk bekerjasama...sekarang beliau harus pergi dialysis...satu minggu 3 kali...
begitulah cerita seorang permpuan yang mengharapakan seseorang yang boleh membimbingnya ke jalan yang benar ..tapi akhirnya beliau ditipu...dan ditinggalkan begitu sahaja..bergantung tak bertali...hingga saat ini juga beliau masih menanti...walaupun penantian itu satu seksaan..tetapi demi untuk meneruskan kehidupannya ..beliau membuat dirinya gembira dan kadangkala menyuruh aku menyanyikan untuk beliau..aku hanya buat apa yang terdaya...ternyata beliau seorang yang peramah, baik hati dan suka menolong oranglain...dan aku diberitahu bahawa beliau hanya tinggal 2 tahun lagi...untuk HIDUP........walaupun itu hanya taksiran doktor...ajal maut di tangan ALLAH...semuga ALLAH memberi kekuatan kepadanya....insya'allah...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar